Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Si pemerhati melihat pergaduhan antara lelaki dan wanita di depannya, namun tidak dapat berbuat apa2 takut di katakan penyibuk akan hal ehwal orang lain.. tetapi hatinya ingin sekali meredakan senario yang tak kurang memalukan itu.. umur mereka mungkin lebih kurang 5 tahun lebih muda daripada pemerhati...
Si pemerhati memandu seperti hari2 biasa, melalui lebuhraya menuju ke tempat kerja. Macam2 karenah manusia di jalanraya itu.. ada yang memotong bagai nak rak! Macam esok tiada lagi.. Si pemerhati mencuba mengelak batu besar yang ada di tengah jalan tetapi masih terkena sipi2.. hatinya ingin sekali mengalihkan batu itu dari terkena pemandu yang lain.. tetapi jam sudah menunjukkan waktu yang cukup2 untuk sampai ke tempat kerja 'on time'...
Terlalu banyak perkara yang ingin dibuat tetapi di abaikan kerana pelbagai sebab (yang logik)... dan akhirnya pemerhati tetap menjadi pemerhati dengan niat yang kuat untuk menjadi a 'do-er'.... Tapi ingat, niat sendiri tidak dapat meningkatkan diri menjadi seorang yang lebih baik.. Majulah kedepan dan buatlah.
Me, Saya, Ana: be a do-er... don't wait for miracles to happen...
No comments:
Post a Comment