Semuanya kabur, kurang jelas penglihatan ku. Tapi hatiku tetap tenang dan tanganku mencapai jendela dan mencuba untuk menolaknya supaya aku dapat berenang keluar dari helicopter yang beberapa detik telah tenggelam.... aku rasa semua sudah berenang keluar dan mampu untuk menyelamatkan diri.. aku masih lagi terkial2 mencuba menolak keluar jendelaku... akhirnya berjaya! Alhamdulillah! ku lepaskan tali pinggang keledarku dan terus berenang ke permukaan air... ku serahkan jiwa dan ragaku kepadaNya sepenuhnya.. inikah namanya tawakkal yang sebenar?
Sehari sebelum itu, aku disuruh melompat dari sisi kolam yang sangat dalam. Berkali2 ku cuba untuk menyerahkan diriku kepadaNya dan berharapkan semoga aku selamat, aku masih juga ragu2... dari saat itulah aku sedar bahawa aku masih lagi belum cukup bertawakkal dan belum kenal erti tawakkal... akhirnya aku melompat ke dalam kolam dan terasa seperti hendak menangis kerana ketakutan... rasa takut kepada 'ketinggian'...
Tiba2 aku teringat perbualanku dengan seorang teman. Aku bertanya apakah yang paling ditakutkannya kerana aku takut kepada kematian... Dia diam dan terus diam... 'You should know... I am more afraid of God'... Bagai disambar halilintar aku tergamam! Kenapa aku takut kepada kematian padahal sebagai seorang muslimah, aku harus tahu bahawa yang ditakutkan itu adalah kemurkaan Allah... kehidupan selepas kematian yang ditentukan samada Allah murka atau tidak kepada kita...Aku malu kepada pengakuanku sendiri.. mungkin ini a little u-turn for me to guide me back to the right lane... because recently the dreams that I had about death etc, made me more scared of death when it is a only a constant reminder that death will surely come to us. Surely.
I feel blessed to befriend someone like that. to be surrounded by people who constantly reminds me of the life after... =)
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda:
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
H.R. Abu Daud
Me, Saya, Ana: fear Allah
No comments:
Post a Comment