Plato bertanyakan tentang makna cinta kepada Socrates. Lalu Socrates menjawab:
"Masuklah ke dalam hutan. Pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik. Tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada satu saat kau sudah menemukan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut."
Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah dia tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya, Socrates bertanya kenapa. Lalu Plato menjawab:
"Saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan, ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa."
Socrates pun berkata,"Itu adalah cinta.."
Lalu Plato pun bertanya lagi, "Apakah makna perkahwinan?"
Socrates menjawab:
"Seperti ranting tadi, kali ini engkau harus membawa satu pohon yang engkau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan."
Maka Plato pun masuk ke dalam hutan dan keluar dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah. Gurunya betanya kenapa. Lalu Plato pun menjawab:
"I saw some very good trees on my way in the forest, this time, i learned something from the last event of wheat, so i just chose this good one. If i did not, i was afraid that i would come back with nothing again, though this one was not the best one i had seen."
Aiseh.. Plato dah tukar bahasa orang puteh daa~
Dan Socrates pun menjawab, "That is marriage.."
Waah mentang2 bercinta, semuaanya tentang cinta... Siap main Socrates lagi... tapi apakah pandangan ana tentang cinta? Hmmm... Cinta itu harus diterima seadanya pada masa iya datang mengetuk pintu hati.. Macam Ustaz Hasrizal ckp dalam bukunya:
Jangan sekali-kali kamu cuba mengejar 100% cinta tersebut. Berilah 100% tetapi jangan kejar 100%.
"Diperlihatkan kepadaku neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri." Lalu Baginda SAW ditanya,"Mereka itu mengkufuri Allah?" Rasulullah SAW menjawab,"Mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat berumahtangga), dan mereka mengkufuri Ihsan. Apabila kamu melakukan kebaikan kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): 'Aku tidak nampak satu pun kebaikan padamu!' " (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Berijab ah.. Na'uzubillah..
In my opinion, terimalah seadanya apa yang diberikan, jangan selalu dipertikaikan samada itu adalah 100% ataupun kurang..
Me, Saya, Ana: Nya Socrates.. Itu adalah perkahwinan.. Iaitu menerima seadanya..
No comments:
Post a Comment