Bismillahirrahmannirrahiim...
Sesampai ku di rumah, terasa sendi-sendi ku lenguh... kakiku bagai tersekat dari berjalan... ku cuba membuka pintu rumah yang masih berkunci... aku mengeluh.. dalam itu ku berfikir2 terpaksa ku berjalan balik ke kereta yang hanya beberapa langkah dariku... Terasa malas sekali... Dua buah kereta yang lain tiada dalam garaj dan porch... mungkin mereka tiada dirumah... dan aku mesti membunyikan hon kereta supaya amah membukakan pintu... kalau aku ada salinan kunci rumah kan okay... tetapi akhirnya ku paksa kakiku melangkah kembali ke kereta lalu membunyikan hon... beberapa kali hon kereta ku bunyikan, akhirnya pintu utama rumah terbuka jua... dan terjengul keluar kepala one of our maids... Aku mengunci kereta dan melangkah perlahan kembali ke rumah... bukannya jauh pun, hanya dalam 10 meter jarak garaj dan pintu utama...
Selepas bercerita tentang hariku di tempat kerja kepada ibuku, kami makan malam dan aku terus naik ke atas... terasa letih sangat hari ini... mungkin kerana supervisor ku dua orang hari ini mem-bombard aku dengan pelbagai persoalan yang sebelum ini tak pernah difikirkan dek kepala... letih berfikir kot? takkanlah~ hari2 biasa tak berfikir kaaa? Letih driving kot? tapiii aku sebenarnya enjoy commuting dari Tutong ke tempat kerja... banyak macam yang ku fikirkan tatkala ku memandu... adakalanya terlalu banyak yang bermain di fikiran sehingga terasa berserabut... kadang2 ilham datang membanjiri minda dengan pelbagai senario yang mungkin dapat ku masukkan dalam sebuah karangan puisi atau cerpen... tapi sayangnya ilham itu terbiarkan lepas dari jemariku... patutnya jemari ini menaip atau menuliskan semua itu, tapi ilham tinggal ilham saja, tiada pahatan yang ternampak oleh mata...
Hari ini aku hairan kenapa pukul 5ptg tadi tidak disiarkan kuliah mufti???? Aku tertunggu2 untuk mendengarkan topik hari ini.. ternyata aku rugi ilmu dari mufti.... kuliah yang sebelum2 ini ada yang membincangkan tentang selsema babi... kelmarin punya topik pasal sembahyang... rugiii nyaaa hari ani inda dgr...
Tetapi hari ini aku terfikir jugak tentang belia2 masa kini... belia as in us... including mE! what has happened? I heard the news about the 26 yr old G.i.r.l. who got caught bringing in drugs into China and she is sentenced lifetime in prison... Apakah yang telah terjadi? Dengan adanya lagi wabak AH1N1, lebih ramai belia2 di seluruh dunia, meninggal atau mati... kita yang masih ada ini dan masih Allah bagi petunjuk dan hidayah harus terus hidup di dunia fana ini... terus membimbing dan sama2 belajar ilmu Allah yang dalamnya dan luasnya tidak terukur oleh bumi atau alam maya ini... Teringat aku akan pendapat Rozailah yang di catatkannya di facebook tentang swine flu... Dia berpendapat bahawa dugaan ini adalah suatu nikmat yang Allah berikan... sebuah nikmat dimana umat muslim akan sentiasa ingat akan mati... sentiasa akan cuba mendekatkan diri lagi pada yang Esa... dan aku ingin menambahkan sedikit dari pendapat itu... sebagai seorang muslim jua kita dapat menambahkan atau top-up iman kitani dengan ujian yang satu ini... bagaimana? iaitu dengan menjaga kebersihan diri... bukankah itu salah satu daripada iman? :) AllahuAkbar! Jika di kupas lagi dengan lebih dalam issue ini, terlalu banyak rahasia Allah yang kitani tidak ketahui...
ada sebuah cerita yang mufti ceritakan dalam sebuah ceramahnya tentang doa yang mustajab... ada seorang atu bertanya kenapa doanya tidak dimakbulkan sedangkan ia memohon kepada Allah?? kemudian dijawab bahawasanya salah satu sebab adalah kerana "kamu melihat sahabat atau sanak saudara kamu dikuburkan, tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya.."... dalam sungguh maksud yang ingin disampaikan oleh satu ayat itu... tapi kitani semua mudah faham... ertinya manusia ani Allah bagi petunjuk atu dapan2, tapi selalu dipalingkannya mukanya dari petunjuk atu... wallahu'alam~
Me, Saya, Ana: kalau kan dicampurkan semua yang bermain di fikiran masa ani.... it becomes rojak!
No comments:
Post a Comment