Wednesday, 4 February 2009

Habil dan Qabil

Turunnya Adam A.S. dan Hawa ke bumi dikurniakan dgn dua orang putera bernama Habil dan Qabil. Habil seorang yang baik hati dan selalu dicemburui Qabil. Disinilah iblis sentiasa memainkan peranan untuk menyesatkan anak-anak Adam.

Pada suatu hari, Allah perintahkan mereka mempersembahkan daging korban mereka dan Allah hanya menerima daging korban Habil.
Dan ceritakanlah (Muhammad) yang sebenarnya kepada mereka tentang kisah kedua putera Adam A.S. ketika keduanya mempersembahkan kurban, maka (kurban) salah seorang dari mereka berdua (Habil) diterima dan dari yang lain (Qabil) tidak diterima. Dia (Qabil) berkata, "Sungguh aku pasti membunuhmu!" Dia (Habil) berkata,"Sesungguhnya Allah hanya menerima (amal) dari orang-orang yang bertaqwa. (Surah Al-Ma'idah, ayat 27)
Qabil dibisikkan hasutan iblis yang sering menyuruhnya membenci saudaranya sendiri (Habil). Sehingga sampai ingin untuk membunuh Habil. Kisah ini tertulis dalam ayat seterusnya Surah Al-Ma'idah.

28. Demi sesungguhnya! Jika engkau (Qabil) menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam.

29. Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli Neraka dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim.

30. Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga dia tergamak) membunuh saudaranya, lalu dia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.


31. Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: Wahai celakanya aku! Mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku ini? Kerana itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang menyesal.

Inilah pembunuhan pertama yang berlaku dalam sejarah Islam. Pembunuhan Habil oleh saudaranya Qabil kerana perasaan benci, iri hati dan dengki yang di bisikkan iblis laknatullah!

Pengajaran dari kisah ini:
Pada saat ana membaca dan tahu akan kisah ini, ana mengkaji balik kelemahan hati ana. Hati ana yang kuat berperasaan buruk. Ana tahu itu semua bisikkan iblis. Ana cuba tepis. Semoga Allah memberi hidayah dan pertolongan kepada ana untuk memperbaiki diri dan hati ana.

Me, Saya, Ana: hilangkanlah perasaan buruk ... =) spread the loveee~

No comments: