Assalamualaikum wbt... :) semoga sehat dan sentiasa dalam perlindungan Allah~
Manusia ini kadangnya lupa bahawa setiap perbuatan yang kita buat di muka bumi ini akan dihitung oleh Allah di akhirat kelak. Kemana saja kita lari.
Setiap bala yang Allah turunkan pada diri kita itu adalah kesilapan kita sendiri. Sebenarnya kita menganiaya diri kita. Kita mesti muhasabah diri kita.
Kita jangan suka menyimpan dendam. Orang yang berdendam adalah sahabat dengan syaitan. Jika kita cuba meringankan beban org, Allah akan suatu hari nanti ringankan penderitaan kita. Allah itu sentiasa berbuat baik kepada hambaNya. Bersyukurlah.
Segala penyakit adalah ujian dari Allah. Jika Dia hendak sembuhkan, akan diberikanNya jalan. Jika sebaliknya.... Allah Maha Mengetahui. Setiap kita yang diuji dengan penyakit, itu bermakna kita dekat dengan Allah (kan?).. Sebenarnya kesakitan meringankan dosa yang ada. Yang penting kita mesti redha..
Iblis sentiasa akan menghasut manusia apalagi ketika ditimpa musibah..
Dipetik daripada: Kehangatan Lantana (kisah keinsafan)
Me, Saya, Ana : sama2 muhasabah diri :)
No comments:
Post a Comment